Syed Yazid, Vidakovic ‘berdamai’

Syed Yazid, Vidakovic ‘berdamai’

Syed Yazid, Vidakovic 'berdamai'
SYED Yazid (kanan) bersalam dengan Vidakovic selepas perbincangan dari hati ke hati.

Kuala Lumpur: Pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) meraih tonik berharga menjelang pembukaan kempen saingan Liga Malaysia (Liga M) bulan depan apabila hubungan antara pengerusi dan ketua jurulatih kembali erat.

Kedua-dua individu penting KL City FC itu mengadakan pertemuan hari ini bagi menjernihkan suasana dan hubungan membabitkan Syed Yazid Syed Omar dan Risto Vidakovic.

Menurut Syed Yazid, beliau dan Vidakovic bersemuka empat mata bagi menyelesaikan perselisihan faham yang dicetuskan jurulatih Croatia itu sebelum ini.

“Saya dan Risto (Vidakovic) berbincang dari hati ke hati untuk menyelesaikan segala masalah berbangkit dan Alhamdulillah semuanya sudah selesai.

“Kami sepakat mahu memberi fokus kepada persiapan pasukan apabila akan memulakan saingan liga tidak lama lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


“Kami berdua sayangkan pasukan. Jadi beliau meluahkan apa yang terbuku selain memberi pandangan untuk penambahbaikan pasukan.

“Saya pula mengambil maklum dan akan berusaha membantunya. Malah, saya terangkan hala tuju, visi dan misi pasukan untuk musim ini,” katanya kepada Arena Metro.

Menerusi laporan Arena Metro sebelum ini, Syed Yazid yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) naik berang dengan kenyataan Vidakovic yang mengugut mahu meninggalkan pasukan selepas tidak berpuas hati dengan padang latihan.

Syed Yazid mempersoalkan tindakan jurulatih berusia 56 tahun itu sedangkan beliau sudah dimaklumkan lebih awal mengenai keadaan pasukan sebelum menurunkan tandatangan.

Bagaimanapun dengan langkah berdamai itu, skuad The City Boys kini kembali memberi fokus di atas padang dengan aksi pertama Liga Super adalah menentang Imigresen FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, 9 Ogos ini.

Syed Yazid, Vidakovic ‘berdamai’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker