Paqueta bebas tuduhan skandal pertaruhan – FA sahkan tiada kesalahan

Paqueta bebas tuduhan skandal pertaruhan – FA sahkan tiada kesalahan

Paqueta bebas tuduhan skandal pertaruhan – FA sahkan tiada kesalahan
Lucas Paqueta beraksi ketika menentang Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London pada 15 Februari lalu. – Foto Reuters

London: Pemain tengah West Ham United, Lucas Paqueta akhirnya boleh menarik nafas lega selepas dibebaskan daripada empat tuduhan melanggar peraturan pertaruhan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA).

Pemain antarabangsa Brazil itu sebelum ini berdepan siasatan berat selepas didakwa sengaja mencari kad kuning dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris sepanjang 2022 dan 2023.

FA dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa satu Suruhanjaya Tatatertib Bebas telah mendengar kes tersebut dan mendapati tuduhan itu tidak dibuktikan.

“Paqueta menafikan semua tuduhan terhadapnya dan Suruhanjaya mendapati dakwaan itu tidak dapat dibuktikan selepas prosiding berlangsung,” kata FA dalam kenyataan rasmi.

Tuduhan asal menyatakan pemain berusia 27 tahun itu sengaja cuba mempengaruhi rentak dan insiden perlawanan bagi memanipulasi pasaran pertaruhan untuk faedah pihak ketiga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Kes ini mencetuskan perhatian besar tahun lalu apabila FA membuka siasatan selepas mengenal pasti corak kad kuning yang mencurigakan membabitkan perlawanan West Ham.

Bagaimanapun, Paqueta yang sentiasa menegaskan dirinya tidak bersalah, enggan mengulas lanjut sepanjang siasatan berlangsung.

Walaupun dibebaskan daripada tuduhan utama, Paqueta masih berdepan dua tuduhan berasingan berkaitan kegagalan memberi maklumat dan menjawab soalan sewaktu siasatan.

FA berkata tuduhan itu akan diproses secara berasingan namun ia tidak menjejaskan keputusan utama membabitkan pertuduhan manipulasi perlawanan.

Pemain bernilai tinggi itu dijangka kembali fokus kepada persiapan musim baharu bersama West Ham sambil terus menjadi aset penting buat skuad kebangsaan Brazil.

Paqueta bebas tuduhan skandal pertaruhan – FA sahkan tiada kesalahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker