Nelayan Thailand hilang 2 hari ditemui di Pulau Tioman
Nelayan Thailand hilang 2 hari ditemui di Pulau Tioman

MERSING: Seorang nelayan warga Thailand yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh nelayan tempatan kira-kira jam 8.40 pagi tadi, di perairan Pulau Tioman.
Mangsa, Wasan Thamuang, 33, sebelum ini keluar ke laut bersendirian menggunakan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) pada Selasa lalu.
Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil, berkata mangsa sebelum itu gagal dihubungi rakan nelayan, sebelum ditemui nelayan tempatan kira-kira 4.4 batu nautika dari Timur Pulau Pemanggil.
Katanya, mangsa telah dibawa ke Jeti Perikanan Endau untuk tindakan lanjut.
“Pemilik bot telah mengesahkan bahawa individu yang ditemui adalah tekong kepada bot beliau yang hilang sebelum ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Bagi melancarkan komunikasi dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian, seorang jurubahasa warga Thailand turut dipanggil untuk membantu proses temu bual dengan mangsa.
“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara agensi penguat kuasa dan komuniti nelayan tempatan yang memainkan peranan penting dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) yang diaktifkan pada malam Selasa lalu, sebaik kami mendapat maklumat,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Kama Azri berkata, Pangkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) telah ditubuhkan di Pejabat Maritim Zon Maritim Mersing bagi menyelaras gerak kerja operasi. Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru bertindak sebagai penyelaras utama dengan sokongan MRSC Kuantan.
“Antara aset dan bantuan yang terbabit adalah daripada Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan beberapa bot nelayan tempatan.
“Kawasan pencarian pada hari kedua telah diperluas sehingga 751 batu nautika persegi,” katanya.
Beliau berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat serta komuniti nelayan yang membantu dalam operasi ini.
Katanya, dalam masa sama, komuniti maritim disaran sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan ketika berada di laut.
Sebarang kecemasan atau maklumat berkaitan jenayah maritim boleh disalurkan kepada Maritim Malaysia menerusi talian MERS 999, yang beroperasi 24 jam.
Nelayan Thailand hilang 2 hari ditemui di Pulau Tioman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.