Mayat di tepi landasan kereta api dipercayai dicampak dari jambatan 11.15m – Polis
Mayat di tepi landasan kereta api dipercayai dicampak dari jambatan 11.15m – Polis

HULU SELANGOR: Mayat seorang lelaki yang ditemui dengan kaki dan tangannya terikat di tepi landasan kereta api di sini, hari ini, dipercayai dicampak dari Jambatan Kampung Sungai Serian setinggi 11.15 meter (m).
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin, berkata pihaknya menerima makluman kira-kira jam 10.30 pagi daripada orang awam yang menjumpai mayat mangsa di kawasan landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Kampung Sungai Serian, Kalumpang.
“Hasil siasatan pihak forensik mendapati kaki serta tangan lelaki itu diikat, selain kepalanya dibalut dengan kain dan dilekatkan pita pelekat hitam serta putih,” katanya ketika dihubungi.
Hasil pemeriksaan fizikal, Ibrahim berkata, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih empat hari berdasarkan keadaan mayat yang reput.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada si mati.
“Mayat kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat yang dijalankan pada jam 9 pagi tadi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Fadli Abdul Aziz, melalui talian 03-60641222 bagi membantu siasatan.
Mayat di tepi landasan kereta api dipercayai dicampak dari jambatan 11.15m – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.