Tumbuk guru, pelajar mengaku salah

Tumbuk guru, pelajar mengaku salah

Tumbuk guru, pelajar mengaku salah
Pelajar peralihan Tingkatan 1 itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas guru lelaki berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah di Kajang, jam 4.48 petang, Isnin lalu. – Tangkap layar video tular

KAJANG: Remaja lelaki yang tular menumbuk gurunya mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan dalam kejadian di sebuah sekolah menengah, di sini, kelmarin.

Tertuduh yang berusia 14 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dayana Jalil.

Mengikut pertuduhan, pelajar peralihan Tingkatan 1 itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas guru lelaki berusia 29 tahun di sebuah sekolah menengah, di sini, jam 4.48 petang, Isnin lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Zulbahrin manakala tertuduh diwakili peguam, S Priyalatha.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin atas alasan kes berkenaan adalah serius dan tular di media sosial.

Bagaimanapun, peguam memohon jumlah jaminan lebih rendah kerana tertuduh adalah pesalah juvana yang masih bersekolah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 September bagi laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hukuman dijatuhkan.

Terdahulu, pengamal media yang membuat liputan pertuduhan kes itu tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah memandangkan tertuduh adalah pesalah bawah umur.

Ibu bapa remaja terbabit juga dilihat hadir di mahkamah bagi menghadiri prosiding pertuduhan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Ibu remaja terbabit berusia 40-an ketika ditemui memaklumkan tertuduh adalah anak tunggal dan tinggal bersamanya selepas berpisah dengan bekas suami.

Wanita itu memberitahu anaknya kesal dengan tindakannya (menumbuk guru) dan ada memohon maaf kepadanya.

Semalam, media melaporkan seorang pelajar lelaki ditahan berhubung laporan polis dibuat seorang guru lelaki berusia 29 tahun yang mengugut dan menumbuknya di sebuah sekolah menengah, di sini, kelmarin.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 38 saat memaparkan pertengkaran antara dua individu bertubuh kecil dan lebih besar, malah kelihatan salah seorang daripadanya menumbuk pipi seorang lagi.

Tumbuk guru, pelajar mengaku salah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker