Terkini: Ombak tsunami 5 meter badai Severo-Kurilsk, Rusia
Terkini: Ombak tsunami 5 meter badai Severo-Kurilsk, Rusia

Moscow: Gelombang tsunami setinggi lima meter (m) melanda bandar Severo-Kurilsk di wilayah Pasifik Rusia selepas gempa bumi kuat magnitud 8.8 menggegarkan perairan berhampiran Semenanjung Kamchatka, hari ini.
Menurut Reuters yang memetik agensi berita RIA Novosti, pasukan kecemasan mengesahkan, ketinggian ombak tsunami yang direkodkan di kawasan itu melebihi tiga m, dengan gelombang paling kuat mencapai sehingga lima m.
Sementara itu, lapor NHK Japan, tsunami setinggi lima m yang dicetuskan gempa bumi besar di perairan Semenanjung Kamchatka bukan sahaja membadai pantai timur jauh Rusia, malah mengakibatkan kemusnahan teruk termasuk sebuah kilang pemprosesan makanan laut, kereta dan rumah dihanyutkan air serta sebahagian bangunan tadika runtuh.
Akhbar tempatan Izvestia berkongsi rakaman video yang menunjukkan, kemusnahan di Severo-Kurilsk, sebuah bandar di Kepulauan Kuril yang terjejas teruk.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Klip berkenaan memperlihatkan bangunan dan kenderaan di pesisir pantai ditenggelami air, dipercayai akibat gelombang tsunami yang mencecah sehingga lima m.
Satu lagi rakaman memaparkan keadaan dalam sebuah rumah yang bergoncang kuat dengan barangan bertaburan di lantai, ketika gempa itu berlaku.
Gabenor Sakhalin, Valery Limarenko, turut memuat naik gambar menunjukkan siling yang runtuh dan serpihan bertaburan di atas lantai, dipercayai dari satu lagi struktur bangunan awam di kawasan sama.
Sementara itu, saluran TV rasmi Rusia menyiarkan rakaman sebahagian struktur bangunan tadika di wilayah Kamchatka yang runtuh, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Pihak berkuasa tempatan melancarkan operasi menyelamat dan memindahkan penduduk yang berada berhampiran pantai, berikutan risiko tsunami berulang dalam tempoh 24 jam akan datang terutama ketika air pasang.
Terkini: Ombak tsunami 5 meter badai Severo-Kurilsk, Rusia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.