Suspek utama kes bunuh warga Myanmar dicekup selepas 10 hari melarikan diri

Suspek utama kes bunuh warga Myanmar dicekup selepas 10 hari melarikan diri

Suspek utama kes bunuh warga Myanmar dicekup selepas 10 hari melarikan diri
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan (kiri) menunjukkan gambar suspek utama kes bunuh membabitkan warga asing pada 20 Julai lalu yang berjaya ditangkap. – Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli.

SUNGAI PETANI: Selepas 10 hari melarikan diri kerana disyaki membunuh rakan sebiliknya, seorang lelaki warga Myanmar akhirnya ditahan polis ketika bersembunyi di sebuah rumah kongsi di Simpang Ampat, Pulau Pinang, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 59 tahun itu juga dipercayai dalam usaha untuk pulang ke negaranya namun gagal apabila dia dicekup polis pada jam 6 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, susulan daripada itu, polis menahan 22 warga asing yang terdiri daripada 17 lelaki dan lima wanita warga Myanmar, Indonesia dan India untuk membantu siasatan.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah berada di negara ini.

“Mereka ditahan di kawasan kelapa sawit berhampiran sejurus selepas kejadian untuk membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda melancarkan ‘Ops Kejam’ di sekitar daerah Kuala Muda dan daerah berhampiran.

“Bertindak atas maklumat, menerusi ‘Ops Kejam’, sepasukan pegawai dan anggota polis dari BSJ IPD Kuala Muda melakukan serbuan di sebuah premis di Simpang Ampat, Pulau Pinang petang semalam dan berjaya menahan lelaki warga asing yang dipercayai suspek utama kes itu untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Kuala Muda, hari ini.

Hanyan berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas dua telefon bimbit daripada suspek.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan tangkapan itu berjaya menyelesaikan kes bunuh terbabit.

“Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai berlaku akibat mabuk dan perselisihan faham sebelum suspek melarikan diri dan dipercayai dibantu rakan senegaranya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hanyan berkata, suspek turut mengalami kecederaan pada lengan kanan, lutut kanan dan bahagian perut akibat perselisihan faham yang berlaku itu.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati, suspek terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Si mati pula berusia 30-an dan bekerja di tapak projek sebagai buruh binaan dan mangsa mengalami kecederaan di perut serta leher.

“Hasil bedah siasat mendapati, punca kematian di mati adalah disebabkan luka tikaman di dada dan perut,” katanya

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga Myanmar ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh dengan senjata tajam di bahagian perut menyebabkan ususnya terkeluar selain cedera di leher.

Kejadian berlaku di kawasan tapak projek perumahan rumah kongsi, Bandar Utama di sini 20 Julai lalu.

Selepas 10 hari melarikan diri kerana disyaki membunuh rakan sebiliknya,

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker