Mayat bawah jambatan Sungai Klang disahkan penuntut kolej yang hilang
Mayat bawah jambatan Sungai Klang disahkan penuntut kolej yang hilang

KUALA LUMPUR: Mayat wanita yang ditemui di bawah jambatan Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera, Puchong, Subang Jaya, kelmarin dipercayai pelajar kolej swasta berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata identiti mangsa dikenal pasti hasil semakan laporan orang hilang yang dibuat kakaknya pada 26 Julai lalu.
“Dalam laporannya, pengadu memaklumkan adiknya meminta dijemput di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights pada jam 12 tengah hari, 25 Julai lalu.
“Bagaimanapun, adik pengadu gagal dihubungi sehingga keesokannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas mayat menemui satu anak kunci dalam poket seluar mangsa, sebelum polis membuat pemeriksaan ke atas rumah yang dipercayai didiami mangsa di Jalan Klang Lama.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan kelibat si mati berada di kawasan terbabit sebelum dilaporkan hilang,” katanya.
Katanya, waris sudah dipanggil membuat pengecaman dan mengesahkan pakaian yang dipakai adalah milik ahli keluarga mereka.
“Cap jari si mati turut dihantar ke pihak berkenaan bagi pengesahan identiti sebelum penyerahan jenazah dapat dibuat,” katanya.
Wan Azlan berkata, bedah siasat jam 8 pagi semalam oleh pakar perubatan forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang mendapati tiada kesan kecederaan atau unsur pergelutan pada tubuh mangsa.
“Laporan penuh bedah siasat belum diperoleh kerana menunggu keputusan makmal,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Semalam, media melaporkan mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan tertiarap di atas batu di Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera, Puchong, tanpa dokumen pengenalan diri.
Wan Azlan dilaporkan berkata, mayat ditemui oleh orang awam pada jam 11.58 pagi kelmarin sebelum dimaklumkan kepada pihak polis melalui panggilan MERS 999.
Menurutnya, mayat mangsa disyaki sudah berada dalam sungai lebih 24 jam berdasarkan keadaan tubuh yang mulai kembung.
“Tiada barangan peribadi dijumpai bersama mayat. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.
Mayat bawah jambatan Sungai Klang disahkan penuntut kolej yang hilang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.