Liga A1, Liga Super saling melengkapi, bukan bersaing – Yusoff

Liga A1, Liga Super saling melengkapi, bukan bersaing – Yusoff

Liga A1, Liga Super saling melengkapi, bukan bersaing - Yusoff
TIMBALAN Presiden FAM yang juga Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: “Saya tidak melihat Liga A1 Semi-Pro ini sebagai satu saingan kepada Liga Super atau MFL (Liga Bolasepak Malaysia).”

Demikian kata Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi yang menepis dakwaan segelintir pihak melihat AFL cuba menggugat kedudukan mahupun populariti Liga Super dalam kancah domestik.

Beliau berkata, saingan Liga A1 bertujuan untuk menyediakan platform kukuh buat pasukan yang tersingkir daripada Liga Super sebelum kembali bersaing di peringkat tertinggi itu.

“Sebaliknya, ia adalah ruang serta peluang untuk pasukan membina semula kekuatan mereka, begitu juga bagi pemain muda yang belum dapat beraksi di Liga Super.

“Liga A1 ini menjadi pentas terbaik untuk mereka membuktikan kemampuan dan mengasah bakat,” katanya selepas mengumumkan saingan Liga A1 bakal disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen swasta tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Ujarnya lagi, hubungan antara Liga Super dan Liga A1 seharusnya dilihat sebagai saling melengkapi bukan bersaing antara satu sama lain.

“Kita mahu Liga Malaysia berada dalam landasan yang seimbang. Liga Super dengan prestij dan persaingannya tersendiri, manakala Liga A1 sebagai penyokong kuat kepada pembangunan bakat dan kestabilan pasukan.

“Saya harap sambutan meriah dilihat dalam Liga Super akan turut dirasai di Liga A1.

“Ini penting untuk meningkatkan kualiti permainan, minat peminat serta membuka lebih banyak peluang buat pemain muda tempatan,” katanya.

Liga A1, Liga Super saling melengkapi, bukan bersaing – Yusoff

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker