Kes kelima dalam sebulan, lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Kes kelima dalam sebulan, lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci

BAYAN LEPAS: Lelaki berusia 53 tahun ditemukan meninggal dunia dalam rumah dengan pintu berkunci di sebuah pangsapuri di Changkat Mayang Pasir di sini, hari ini.
Pasukan bomba dipanggil bagi membantu membuka kunci dan menurunkan mangsa dari tingkat tiga pangsapuri berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis berkata, panggilan diterima jam 4.36 petang.
Katanya, pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau diketuai Wan Mohd Faizal Wan Mohd Zin ke lokasi sejurus terima panggilan.
“Menerusi maklumat awal, terdapat mangsa yang dikatakan terperangkap dalam rumah berkenaan dengan pintu berkunci.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Pasukan penyelamat bertindak membuka pintu menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut John Sagun, pemeriksaan menemukan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pemeriksaan oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
“Kes dan mangsa diserah kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 6.01 petang,” katanya.
Sebelum ini, sepanjang Julai, media melaporkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak empat panggilan bagi tugas khas membuka pintu rumah berkunci di sekitar daerah Timur Laut dan Barat Daya, di sini, dengan penemuan penghuninya meninggal dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Kejadian pertama membabitkan penemuan jasad lelaki warga emas berusia 79 tahun di di Hong Seng Estate, Mount Erskine, Tanjung Tokong, pada 16 Julai lalu.
Diikuti kejadian kedua membabitkan lelaki warga emas yang ditemukan meninggal dunia di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai Pinang, sehari kemudian.
Kejadian ketiga pula membabitkan wanita warga emas berusia 61 tahun yang ditemukan meninggal dunia di sebuah pangsapuri di Taman Terubong Indah, Ayer Itam pada 18 Julai, seterusnya mayat lelaki berusia 50-an di sebuah flat di Lebuh raya Thean Teik, 25 Julai lalu.
Lelaki berusia 53 tahun ditemukan meninggal dunia dalam rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.