Endo terharu kembali ke Yokohama sebagai bintang Liverpool

Endo terharu kembali ke Yokohama sebagai bintang Liverpool

Endo terharu kembali ke Yokohama sebagai bintang Liverpool
ENDO memulakan karier profesionalnya bersama Shonan Bellmare di Hiratsuka. FOTO Reuters

Tokyo: Pemain tengah Jepun, Wataru Endo menyifatkan peluang beraksi bersama Liverpool di tanah airnya sebagai detik impian menjadi kenyataan selepas gagal menyertai Yokohama F Marinos satu ketika dahulu.

Endo, 32, yang kini bersama kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), mendedahkan dia pernah menjalani ujian pemilihan bersama Yokohama F Marinos namun tidak diterima masuk, sebelum kembali ke kelab itu sebagai pemain profesional Liverpool dalam aksi persahabatan pramusim yang dimenangi The Reds 3-1.

“Saya pernah menyokong kelab ini dan pernah hadir menjalani ujian. Tapi saya tak berjaya sertai mereka.

“Kini saya kembali ke sini sebagai pemain Liverpool. Ia satu momen impian yang jadi kenyataan,” katanya kepada laman rasmi Liverpool

Tambah Endo lagi, peluang beraksi di Jepun dengan jersi Liverpool sangat bermakna buat dirinya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


“Ia satu detik yang cukup luar biasa buat saya. Pulang ke Jepun sebagai pemain Liverpool membawa makna yang sangat besar buat saya,” ujarnya.

Endo memulakan karier profesionalnya bersama Shonan Bellmare di Hiratsuka, kira-kira 30 kilometer dari Yokohama, sebelum mencipta nama di Jerman bersama VfB Stuttgart dan akhirnya menyertai Liverpool pada tahun 2023.

Menariknya, ketika aksi menentang Yokohama, kapten Liverpool Virgil van Dijk menyerahkan lilitan kapten kepada Endo selepas pemain Belanda itu dikeluarkan pada separuh masa kedua.

“Satu isyarat yang cukup bermakna. Saya rasa semua rakyat Jepun mungkin mahu melihat saya sebagai kapten,” kata Endo.

Liverpool akan memulakan kempen EPL musim 2025/26 dengan menentang Bournemouth di Anfield pada 15 Ogos ini.

Endo terharu kembali ke Yokohama sebagai bintang Liverpool

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker