Dua anggota polis disyaki terima rasuah RM635,000
Dua anggota polis disyaki terima rasuah RM635,000

JOHOR BAHRU: Dua anggota polis direman seminggu selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM635,000.
Perintah reman tujuh hari sehingga 5 Ogos itu dikeluarkan Majistret Mohammad Izham Mohd Aliyas selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, hari ini.
Terdahulu, kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 2 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
Siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu atas kesalahan aktiviti perjudian.
Kedua-dua suspek dipercayai menerima wang rasuah secara tunai.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi (TPO) SPRM Johor, Hairul Ilham Hamzah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Dua anggota polis disyaki terima rasuah RM635,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.