Bomba guna helikopter padam kebakaran hutan di Mukah
Bomba guna helikopter padam kebakaran hutan di Mukah

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menggerakkan pesawat udara bagi memperhebatkan operasi memadam kebakaran hutan di Mukah yang berlarutan untuk hari keenam, hari ini.
Timbalan Pengarah JBPM Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata helikopter Mi-17 itu diterbangkan dari pangkalan Unit Udara JBPM di Miri dan mendarat di padang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mukah sebelum memulakan operasi, petang ini.
“Sebaik menyiapkan ‘bucket’ helikopter akan terus digerakkan melaksanakan operasi hari ini.
“Sebelum itu, kru helikopter sempat membuat tinjauan ketika tiba di Mukah tadi bagi membolehkan mereka merancang tindakan operasi,” katanya.
Kebakaran hutan yang berlaku berdekatan kampus UiTM Mukah sejak Khamis lalu menjejaskan kualiti udara di kawasan Mukah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Sebelum kehadiran helikopter, pemadaman kebakaran di kawasan tanah gambut seluas kira-kira 4.8 hektar itu dilaksanakan menggunakan sumber air terbuka, turut dibantu pekerja ladang dan penduduk kampung.
Selain Mukah, beberapa kebakaran terbuka berskala besar berlaku di Sarawak iaitu di ladang nanas di Marudi yang memasuki hari kelima hari ini membabitkan kawasan seluas 80 hektar.
Dua lagi kebakaran membabitkan tapak pelupusan sampah iaitu di Kampung Plaie, Samarahan membabitkan kawasan seluas kira-kira empat hektar dan tapak pelupusan sampah seluas kira-kira dua hektar di Kampung Jerijih, Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah.
Bomba guna helikopter padam kebakaran hutan di Mukah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.