Barang kemas RM5.9 juta hanyut dibawa banjir
Barang kemas RM5.9 juta hanyut dibawa banjir

BEIJING – Satu kejadian banjir kilat di daerah Wuxi, wilayah Shaanxi, menyebabkan hampir 20 kilogram barang kemas dihanyutkan dari sebuah kedai, lapor laman berita VnExpress semalam.
Pelbagai barangan kemas yang dianggarkan bernilai lebih 10 juta yuan (RM5.9 juta) hilang dalam kejadian tersebut.
Pemilik kedai emas Laofengxiang berkata, banjir yang berlaku pada pagi 25 Julai lalu telah menghanyutkan semua barang kemas yang dipamerkan. Ia termasuk gelang, rantai leher, subang, loket, cincin berlian serta barangan jed dan perak.
Sebuah peti besi yang mengandungi stok simpanan, bahan kitar semula dan wang tunai juga dilaporkan hilang, lapor akhbar The Standard.
Selepas air surut, keluarga pemilik dan kakitangan kedai mengambil masa dua hari untuk menggali lumpur bagi mencari barang kemas tersebut.
Namun, hanya kira-kira 1 kilogram barang kemas berjaya ditemui semula, kebanyakannya dipulangkan secara sukarela oleh penduduk tempatan.
Kamera keselamatan kedai gagal merakam kejadian tersebut disebabkan gangguan bekalan elektrik dan perkhidmatan internet terputus.
Apabila berita kehilangan itu tersebar, ratusan orang membanjiri lokasi kejadian untuk mencari barang kemas yang hilang.
Ada yang membawa pengesan logam di kawasan tersebut.
“Ada penduduk yang melaporkan ternampak orang lain mengambil barang kemas, tetapi tiada siapa yang tampil memulangkan apa-apa,” kata Xiaoye yang merupakan anak pemilik kedai. – AGENSI
Barang kemas RM5.9 juta hanyut dibawa banjir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.