Tiga penjawat awam antara 5 ditahan, rampas dadah, air ketum dan senjata tajam

Tiga penjawat awam antara 5 ditahan, rampas dadah, air ketum dan senjata tajam

Tiga penjawat awam antara 5 ditahan, rampas dadah, air ketum dan senjata tajam

LAHAD DATU: Tiga penjawat awam antara lima lelaki ditahan dan sejumlah dadah dirampas dalam operasi Op Tapis di Taman Harapan, Jalan Silam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail, berkata hasil pemeriksaan menemukan dadah jenis syabu seberat 0.41 gram, 224 liter air ketum serta 8.20 liter ubat batuk.

“Turut dirampas senjata berbahaya iaitu sebilah pedang samurai dan enam parang.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM11,655.40,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

“Semua suspek berusia 24 hingga 38 tahun direman dan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958,” katanya.

Tiga penjawat awam antara 5 ditahan, rampas dadah, air ketum dan senjata tajam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker