Lelaki lakukan gangguan seksual maut dipukul orang ramai
Lelaki lakukan gangguan seksual maut dipukul orang ramai

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul oleh orang awam malam tadi selepas didakwa melakukan gangguan seksual dengan menunjukkan kemaluan di tempat awam.
Dalam kejadian jam 7.26 malam itu, mangsa berusia 51 tahun dan sudah berkahwin ditemui mati di hadapan sebuah tadika di Jasin Bestari, Jasin, dekat sini.
Ketua Polis negeri, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung itu kejadian sekitar jam 9 malam.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian bermula apabila mangsa dikatakan menunjukkan kemaluan kepada khalayak ramai di parkir kenderaan sebuah pasar raya dan perbuatan itu disedari orang awam.
Katanya, mangsa kemudiannya dikejar oleh orang awam lalu dia melarikan diri menghala ke Jasin Bestari.
“Mangsa berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dan pada awalnya dua lelaki memukulnya sebelum dia berjaya melarikan diri ke kawasan semak dan terjun menyeberangi sungai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Negeri Melaka 2025 di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Dzulkhairy berkata, sebaik berjaya menyeberang sungai berkenaan, mangsa ditahan dan dipukul oleh beberapa lelaki yang terdengar jeritan orang awam meminta bantuan menangkapnya.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Menurutnya, bertindak atas maklumat polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang warga Pakistan berusia lingkungan 15 tahun hingga 50-an bagi membantu siasatan.
“Kesemua mereka direman tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohamad Ehsan Abu Bakar di talian 016-520 9501,” katanya yang turut menasihati orang ramai tidak mengambil tindakan terburu-buru.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, siasatan mendapati si mati mempunyai dua rekod jenayah sabitan kesalahan melakukan kelucahan melampau mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan pada 2023 dan 2024.
“Maksudnya itu memang tabiat dia yang melakukan sekali lagi perbuatan (menunjukkan kemaluan) itu tahun ini yang berakhir dengan kematiannya,” katanya.
Lelaki lakukan gangguan seksual maut dipukul orang ramai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.