Langgar lari: Wanita pejalan kaki maut, bayi stabil di hospital
Langgar lari: Wanita pejalan kaki maut, bayi stabil di hospital

PENAMPANG: Seorang wanita meninggal dunia selepas bertarung nyawa hampir lapan jam, dipercayai akibat langgar lari di Jalan Kampung Kimbangan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, mangsa berusia 38 tahun bersama bayi lelakinya berusia setahun lima bulan dikatakan sedang berjalan sebelum dirempuh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata perlanggaran itu menyebabkan mangsa parah dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, untuk rawatan.
Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.15 pagi semalam ketika dirawat di Wad Kecemasan hospital itu.
“Anaknya pula dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Beliau berkata, polis kini giat mengesan pemandu kenderaan terbabit dalam insiden itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Beliau berkata, orang awam yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni, melalui talian 019-8095133 bagi membantu siasatan.
Langgar lari: Wanita pejalan kaki maut, bayi stabil di hospital
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.