Imigresen tumpas aktiviti pengurup wang didalangi warga asing

Imigresen tumpas aktiviti pengurup wang didalangi warga asing

Imigresen tumpas aktiviti pengurup wang didalangi warga asing
Foto hiasan. – Foto arkib BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membongkar aktiviti pengurup wang tidak berlesen di sebuah kondominium mewah di sini, yang menyasarkan warga Bangladesh di sekitar Lembah Klang yang ingin menghantar wang ke negara mereka.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya SUDAH menjalankan Operasi Khas di empat lokasi pada jam 7.08 malam, semalam.

“Berdasarkan maklumat awam dan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai sebagai dalang utama.

“Kita turut menahan lima lelaki warga Bangladesh yang dipercayai sebagai ‘pelanggan’. Kesemua yang ditahan berusia 26 hingga 48 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, semakan awal mendapati seorang lelaki yang ditahan memiliki Pas Penggajian di sini, manakala lima lagi lelaki tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


“Pasukan operasi turut menyita wang tunai berjumlah RM1,215,000 yang disyaki hasil dari aktiviti pengurup wang yang tidak berlesen, buku catatan urusniaga dan dua

unit telefon bimbit.

“Kita rurut menyita sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang digunakan oleh sindiket itu,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti itu dipercayai telah beroperasi selama setahun.

“Seorang lelaki ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Sek.56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 manakala lima lelaki lain disyaki melakukan kesalahan di bawah Sek.6(3) Akta Imigresen 1959/63.

“Mereka dibawa Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. Seorang wanita tempatan dan dua lelaki warga Bangladesh diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan,” katanya.

Imigresen tumpas aktiviti pengurup wang didalangi warga asing

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker