Dewan masyarakat berusia lebih 60 tahun musnah terbakar

Dewan masyarakat berusia lebih 60 tahun musnah terbakar

Dewan masyarakat berusia lebih 60 tahun musnah terbakar
Dewan Masyarakat Kota Kinabalu musnah dalam kebakaran tengah malam tadi. – Foto NSTP/Juwan Riduan

KOTA KINABALU: Sebuah dewan bersejarah berusia lebih 60 tahun yang terletak di Jalan Dewan, di sini, musnah dalam kebakaran, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Dewan Masyarakat Kota Kinabalu terbakar 80 peratus namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Muhammad Taqiuddin Victor Doon, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam.

Katanya, sepasukan 25 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, dengan bantuan BBP Lintas dan Penampang, segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan hampir keseluruhan dewan dan sebuah stor penyimpanan barangan kitar semula.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran dengan lima pancutan air dari sumber jentera,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 2.41 pagi, sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.33 pagi.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Dewan Masyarakat Kota Kinabalu adalah mercu tanda penting yang menyaksikan pelbagai acara keramaian, persembahan kebudayaan serta program komuniti sejak era awal pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu.

Bomba padam kebakaran longgokan sampah 0.8 hektar di Bestari Jaya

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker