Dakwa anak hilang ketika beli makanan, lelaki direman 7 hari
Dakwa anak hilang ketika beli makanan, lelaki direman 7 hari

ISKANDAR PUTERI: Bapa yang membuat laporan anaknya hilang ketika ditinggalkan sebentar dalam kereta untuk membeli makanan minggu lalu, kini direman tujuh hari selepas polis menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di Rompin, Jempol, Negeri Sembilan, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata lelaki tempatan berusia 36 tahun itu membuatkan laporan mengenai kehilangan anak lelakinya yang berusia enam tahun pada kira-kira jam 2.15 pagi, Khamis lalu.
“Dalam laporan dibuat bapa terbabit, dia mendakwa anaknya yang juga anak tunggal itu hilang sekitar jam 6 petang, Rabu lalu.
“Dia mendakwa mangsa hilang ketika ditinggalkan seorang diri di dalam kereta yang diparkir di kawasan berkenaan untuk membeli makanan.
“Lelaki terbabit kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tempoh tujuh hari sejak Jumaat lalu sehingga 31 Julai atau lusa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Malam tadi, Polis Negeri Sembilan dilaporkan menemui mayat kanak-kanak berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, di sini pada 24 Julai lalu, ditanam di kawasan Rompin, Jempol, petang semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dilaporkan berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui susulan penahanan suspek lelaki berusia 36 tahun yang juga bapa kanak-kanak malang itu oleh Polis Johor.
“Polis Jempol menerima maklumat penemuan mayat di kawasan Rompin kira-kira 4.30 petang semalam,” katanya.
Terdahulu, mangsa dikenali sebagai Tishant Munisammy, warga tempatan dan berusia enam tahun, dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 110 sentimeter dan berat 19 kilogram, berkulit hitam manis serta berhidung mancung dengan lokasi terakhir mangsa dilaporkan berada ialah di Kopitiam Tiong Nam, Bukit Indah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Mengulas lanjut, Kumarasan berkata siasatan lanjut terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki di kawasan Rompin, Negeri Sembilan pada Isnin.
“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing ke atasnya juga negatif dadah.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM20,000 atau dipenjarakan sehingga 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, Polis Daerah Iskandar Puteri akan meneruskan siasatan dari aspek laporan palsu oleh suspek berhubung kehilangan anaknya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Dakwa anak hilang ketika beli makanan, lelaki direman 7 hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.