Sorok pil kuda dalam lampin anak
Sorok pil kuda dalam lampin anak

PASIR MAS: Selain menyorokkan pil kuda dalam lampin pakai buang anak, dia juga pernah memasukkan tiub straw berisi heroin dalam kemaluan demi memastikan dadah dapat diseludup dan kemudian dijual untuk menampung kehidupan.
Itu adalah pengakuan seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Watiey, 45. Bagaimanapun tindakan itu bukan kemahuan dia, sebaliknya dilakukan atas rasa cinta kepada bekas suami yang juga pengedar dadah selain desakan hidup demi menyara kehidupan dia dan tiga anak yang masih kecil ketika itu.
Katanya, pada awal perkahwinan, dia sudah dapat merasakan suaminya yang juga seorang mekanik terbabit dengan pengedaran dadah sehinggalah lelaki terbabit terbuka menceritakan kegiatannya itu.
“Pada awalnya, sukar untuk saya menerima kenyataan berkenaan namun lama kelamaan saya sudah biasa, lebih-lebih lagi apabila melihat dia mengedar dadah tanpa dihidu pihak berkuasa seterusnya mampu memberi saya dan anak-anak kehidupan sempurna.
“Kerja hakikinya sebagai mekanik tetap diteruskan supaya tidak ada syak wasangka daripada keluarga agar kami boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Namun hari demi hari, kegiatannya sudah boleh dikesan apabila ramai pelanggan yang datang adalah dalam kalangan penagih.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Mahu pam tayar, tukar minyak hitam atau baiki motosikal itu hanyalah alasan pelanggan yang mahu mendapatkan dadah,” katanya yang mengakui beberapa kali dipaksa untuk menyeludup dadah dari negara jiran.
Watiey berkata, selepas beberapa tahun menjadi pengedar yang hanya mendapat stok daripada pembekal tempatan, bekas suaminya mula berani menyeludup sendiri selain mempunyai ‘kaki’ dengan tokan dadah dari Thailand.
Jelasnya, dari situlah bekas suami mula membabitkan dia dan anak-anak untuk membantu membawa masuk dadah terutama pil kuda kerana menganggap status wanita bertudung serta anak kecil bebas daripada penyeludupan dadah.
“Alhamdulillah saya diberi kesedaran awal selain mula tawar hati untuk meneruskan kehidupan bersama dan akhirnya memilih bercerai selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Saya dimaklumkan dia masih terbabit dengan dadah selepas kami berpisah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
“Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, akhirnya saya dimaklumkan bekas suami ditangkap polis dan hingga kini masih dalam penjara.
“Saya lega mendengar khabar itu dan berdoa semoga dia insaf dan meninggalkan bahan terlarang terbabit selain bersedia membawa anak-anak bertemu bekas suami selepas dibebaskan nanti,” katanya.
Sorok pil kuda dalam lampin anak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.