Selangor catat keputusan seri bertemu geng veteran Asia

Selangor catat keputusan seri bertemu geng veteran Asia

Selangor catat keputusan seri bertemu geng veteran Asia
AKSI sebahagian pemain Selangor FC ketika menentang Asia Warriors FC di Stadium MBPJ, sebentar tadi. FOTO Ihsan Selangor FC

Petaling Jaya: Hasrat Selangor FC untuk mencipta kemenangan dalam aksi pemanas badan tidak kesampaian apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang skuad pilihan Asia Warriors FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Walaupun perlawanan berakhir tanpa sebarang gol, aksi penuh intensiti tinggi yang ditampilkan kedua dua pasukan ternyata memberi kepuasan kepada penyokong yang hadir.

Selangor menurunkan Kalamullah Al Hafiz di gawang manakala Faisal Halim menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan dalam perlawanan yang menjadi medan pemanas badan menjelang aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim tidak lama lagi.

Asia Warriors pula mencuri tumpuan apabila membariskan bintang bintang bola sepak Asia termasuk bekas tonggak Singapura Baihakki Khaizan di posisi pertahanan serta Keisuke Honda yang memimpin pasukan sebagai ketua.

Aksi seimbang dipamerkan sejak awal dengan kedua dua pasukan saling mengatur gerakan berbahaya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Willian Lira hampir membuka tirai jaringan buat Selangor pada penghujung babak pertama namun percubaannya berjaya ditepis penjaga gol lawan.

Separuh masa pertama tamat tanpa jaringan dengan disiplin dan organisasi permainan yang kemas oleh kedua dua pasukan.

Memasuki separuh masa kedua, Honda hampir mengejutkan kem tuan rumah menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti namun rembatannya sedikit tersasar.

Beberapa pertukaran pemain dilakukan oleh kedua dua pasukan bagi menguji taktikal dan kombinasi baharu namun tiada jaringan berjaya dihasilkan hingga ke wisel penamat.

Selangor kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menghadapi ujian sebenar apabila turun menentang JDT dalam aksi perebutan Piala Sumbangsih yang dijangka berlangsung dengan penuh prestij.

Selangor catat keputusan seri bertemu geng veteran Asia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker