Rashford tampil kali pertama bersama Barcelona

Rashford tampil kali pertama bersama Barcelona

Rashford tampil kali pertama bersama Barcelona
RASHFORD kali pertama tampil bersama Barcelona. FOTO FB BARCELONA FC

Kobe: Marcus Rashford membuat penampilan pertamanya bersama Barcelona ketika meraih 3-1 ke atas pasukan Liga J Jepun, Vissel Kobe pada aksi pramusim di Jepun, semalam, selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Penyerang England itu menyertai juara Sepanyol secara pinjaman dari kelab zaman kanak-kanaknya, Manchester United minggu ini dan terus diturunkan pada separuh masa kedua menentang Kobe.

Barcelona pada awalnya membatalkan perlawanan itu pada Rabu lalu dengan alasan terdapat ‘pelanggaran kontrak yang serius oleh penganjur’, tanpa memperincikan butiran.

Namun, perlawanan persahabatan itu tetap diteruskan. Eric Garcia membuka jaringan pada separuh masa pertama untuk pelawat sebelum Taisei Miyashiro menyamakan kedudukan untuk pasukan Liga J yang pernah diwakili oleh legenda Barca, Andres Iniesta.

Pengendali Barcelona, Hansi Flick, melakukan pertukaran barisan pemain pada separuh masa, dan pemain baharu, Roony Bardghji kembali meletakkan mereka di hadapan pada minit ke-77.

Pedro Fernandez menambah gol ketiga pada minit ke-87.

Menurut laporan media Sepanyol, Barcelona membayar kira-kira 75 peratus daripada gaji Rashford yang berjumlah £325,000 seminggu (RM1.84 juta) sepanjang tempoh pinjaman.

Pemain berusia 27 tahun itu tidak lagi menjadi pilihan di bawah kendalian jurulatih United, Ruben Amorim dan dipinjamkan ke Aston Villa pada penghujung musim 2024/25.

Rashford tampil kali pertama bersama Barcelona

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker