Odegaard pastikan kemenangan Arsenal
Odegaard pastikan kemenangan Arsenal

Singapura: Sepakan penalti Martin Odegaard pada minit ke-84 memastikan kemenangan dramatik Arsenal 3-2 ke atas Newcastle United dalam aksi pramusim di Stadium Nasional Singapura, malam tadi.
Lebih 38,700 penyokong menyaksikan pertembungan dua kelab Liga Perdana Inggeris itu, yang menyaksikan Newcastle bermula garang apabila pemain baharu mereka, Anthony Elanga, meledak gol seawal minit keenam selepas menyambut hantaran Sandro Tonali.
Bagaimanapun, Arsenal tidak panik dan berjaya mengatur semula permainan.
Mikel Merino menyamakan kedudukan pada minit ke-33 hasil satu gerakan cantik dimulakan Kai Havertz.
Dua minit kemudian, The Gunners berada di depan apabila Alex Murphy tertampan bola ke gawang sendiri, sekali gus memberi kelebihan buat skuad kendalian Mikel Arteta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Babak kedua menyaksikan Arsenal hampir menambah jaringan menerusi Bukayo Saka, namun percubaannya dinafikan oleh penjaga gol Newcastle, Nick Pope, pada minit ke-57.
Namun, rentak Arsenal terganggu seketika apabila pemain gantian, Jacob Murphy, menyamakan kedudukan buat Newcastle seminit selepas itu hasil rembatan dari luar kotak penalti yang menewaskan David Raya.
Ketika perlawanan dijangka berakhir seri, pemain muda berusia 15 tahun, Max Dowman, mencuri tumpuan apabila larian derasnya ke dalam kotak penalti dikasari Joelinton, sekali gus menghadiahkan penalti kepada Arsenal.
Odegaard tidak mensia-siakan peluang apabila tenang menyempurnakan sepakan dan memberi kemenangan kedua berturut-turut buat Arsenal selepas menewaskan AC Milan 1-0 sebelum ini.
Odegaard pastikan kemenangan Arsenal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.