Jurugambar jalanan KLCC kena saman RM2,000
Jurugambar jalanan KLCC kena saman RM2,000

KUALA LUMPUR: Hampir 30 jurugambar jalanan dikompaun menerusi satu operasi bersepadu oleh KL Strike Force di KLCC, di sini, semalam bagi menangani pelbagai isu yang timbul membabitkan golongan itu baru-baru ini.
Wartawan Harian Metro yang mengikuti operasi mendapati ia berjalan lancar walaupun ada berlaku sedikit kekecohan apabila seorang daripada kumpulan jurugambar terbabit enggan bekerjasama.
Namun keadaan dapat dikawal secara profesional oleh pegawai di lokasi dan semuanya berjalan lancar.
Seorang jurugambar jalanan yang enggan dikenali berkata, itu adalah kali pertama mereka dikompaun atas kesalahan menawarkan perkhidmatan menangkap gambar.
“Ini kali pertama, tengok dekat surat ini (kompaun) tulis kena bayar RM2,000 mana nak bayar? Kalau hari-hari kena saman botaklah kepala saya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Kalau macam ini lepas ini jika selalu saman saya kena cari kerja lainlah, tapi mereka ada kata nak bagi kami lesen di sini, kita tunggu sajalah macam mana cara,” katanya ditemui, di sini, hari ini.
Berdasarkan notis kompaun yang dikeluarkan, individu terbabit dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 (1) UUK Pelesenan Penjaja Wilayah Persekutuan 2016.
Difahamkan kesalahan dilakukan adalah menawarkan perkhidmatan fotografi di tempat awam kepada pengunjung sekitar KLCC dengan menggunakan telefon pintar tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Sementara itu diminta mengulas mengenai kejadian tular membabitkan kumpulan itu yang didakwa cuba mengambil kesempatan ke atas pelancong asing, pemuda berusia 20-an berkenaan berkata, ia sekadar salah faham di antara dua pihak.
Katanya, dia tidak pasti apa yang terjadi sebenarnya namun berdasarkan pemahamannya kejadian itu berlaku kerana kesukaran kedua-dua pihak berkomunikasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
“Ketika kejadian itu saya tiada di kawasan ini, tetapi apa yang saya dengar dari kawan-kawan kejadian itu terjadi sebab salah faham antara mereka.
“Tetapi benda pun sudah jadi, sekarang semua kena tanggung akibat, orang kata ‘kerana nila setitik, habis semua kena’,” katanya.
Operasi bermula kira-kira jam 9 malam itu dilaksanakan oleh sejumlah pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Turut hadir Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.
Jurugambar jalanan KLCC kena saman RM2,000
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.