JBPM siasat anggota bomba bantuan terpalit video lucah

JBPM siasat anggota bomba bantuan terpalit video lucah

JBPM siasat anggota bomba bantuan terpalit video lucah
MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota bomba bantuan dikaitkan dengan video lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.

MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota bomba bantuan dikaitkan dengan video lucah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata walaupun individu dalam video berkenaan tidak memakai pakaian seragam, siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan beberapa hantaran lain di akaun media sosial lelaki itu yang menunjukkan beliau berpakaian seragam bomba.

Unit Integriti JBPM telah diarahkan untuk menubuhkan pasukan siasatan bagi mengenal pasti punca penyebaran video tersebut serta mengesahkan identiti sebenar anggota terbabit.

“Jika siasatan mengesahkan pembabitan individu terbabit, tindakan penggantungan kerja boleh dilaksanakan serta-merta berdasarkan skim perkhidmatannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Program Madani Rakyat Kebombaan Komuniti (PMRKK) di Dewan Auditorium Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, di sini, hari ini.

 

JBPM siasat anggota bomba bantuan terpalit video lucah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker