Warga emas didakwa rogol adik ipar

Warga emas didakwa rogol adik ipar

Warga emas didakwa rogol adik ipar
Seorang warga emas berusia 64 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol adik iparnya di Kampung Kubang Golok, Bachok. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar.

KOTA BHARU: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik iparnya di Kampung Kubang Golok, Bachok, Januari lalu.

Tertuduh berusia 64 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibicarakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik ipar berusia 18 tahun di sebuah bilik di Kampung Kubang Golok jam 3 petang pada 18 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nurie Ab Rahman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Terdahulu, Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan mangsa dalam kes ini adalah adik ipar tertuduh dan keluarga tertuduh juga tinggal bersama mangsa.

Ahmad Nurie pula memohon jaminan diberikan memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai peniaga santan perlu menanggung keluarga dan mempunyai dua isteri.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Warga emas didakwa rogol adik ipar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker