Rakaman CCTV rumah cucu Tun M hanya rekod situasi 24 jam
Rakaman CCTV rumah cucu Tun M hanya rekod situasi 24 jam
KUALA LUMPUR: Sistem simpanan data rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman cucu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, yang dipecah masuk sehingga mengakibatkan kerugian RM1.8 juta hanya merakamkan situasi dalam tempoh 24 jam.
Keadaan itu menyebabkan kejadian pecah rumah di kediaman yang terletak di Bukit Ledang, Bukit Damansara sukar dikesan.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata kejadian pecah masuk kediaman berkenaan dipercayai berlaku lebih daripada 24 jam sebelum disedari pembantu rumah.
“Meskipun sistem CCTV di kediaman itu tidak dapat merakamkan situasi yang berlaku namun siasatan lanjut sedang dilakukan merangkumi semua sudut termasuk keterangan daripada saksi kejadian.
“Setakat ini polis merakam keterangan tiga individu berhubung kejadian ini,” katanya kepada BH hari ini.
Mohamed Usuf berkata, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.
“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pelaku berdasarkan keterangan pembantu rumah dan pengawal keselamatan.
Semalam, BH melaporkan pihak polis sedang menunggu laporan penuh daripada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan petunjuk.
Polis KL semalam mengesahkan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM1.8 juta membabitkan barang kemas lama.
Katanya, rumah berkenaan didiami didiami cucu Dr Mahathir yang juga anak Mirza.
Ketika kejadian, penghuni dilaporkan tiada di rumah serta jarang berada di kediaman itu.
Kejadian disedari jam 3 petang Rabu lalu selepas pembantu rumah mendapati pintu pagar di bahagian belakang rumah dipotong dan biliknya dimasuki pencuri.
Rakaman CCTV rumah cucu Tun M hanya rekod situasi 24 jam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.