Penunggang motosikal maut terjatuh 21 meter dari ‘flyover’ Lebuhraya Dash
Penunggang motosikal maut terjatuh 21 meter dari ‘flyover’ Lebuhraya Dash

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dan terjatuh dari ‘flyover’ pada ketinggian 21 meter di susur 1/B 0.5 Lebuhraya Dash, dekat sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4.45 petang apabila motosikal jenis Yamaha YZF-R15 ditunggang mangsa dari Persiaran Mokhtar Dahari melalui Susur 1/B 0.5 Lebuhraya Dash dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas dan melanggar ‘divider flyover’.
“Impak dari kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke bawah flyover pada ketinggian kira-kira 21 meter ke kawasan berumput di Persiaran Pulau Angsa.
“Mangsa yang cedera parah di kepala dan kaki dan disahkan maut di tempat kejadian.
“Siasatan juga mendapati, ketika kejadian mangsa berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta dalam perjalanan dari rumah di Kampung Melayu Subang ke bengkel servis motosikal di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Mohd Iqbal berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Mana-mana saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Nur Iqmal Maisarah Azman di talian 012-2836851,” katanya.
Penunggang motosikal maut terjatuh 21 meter dari ‘flyover’ Lebuhraya Dash
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.