Pembantu perawatan dituduh cederakan suami bekas isteri guna parang

Pembantu perawatan dituduh cederakan suami bekas isteri guna parang

Pembantu perawatan dituduh cederakan suami bekas isteri guna parang
Foto hiasan

KOTA BHARU: Seorang pembantu perawatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan suami kepada bekas isterinya dengan menggunakan parang pada 16 Julai lalu.

Nik Mohd Helmy Raja Sulong, 38, dituduh sengaja menyebabkan mangsa parah dengan menggunakan sebilah parang di tepi jalan di Kampung Pulau Raja, Kubang Kerian, kira-kira jam 3 pagi.

Tertuduh yang bekerja di Dewan Bedah sebuah hospital di sini, didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mazlan, tidak menawarkan sebarang ikat jamin memandangkan kes itu membabitkan kecederaan menggunakan parang dan mangsa ialah suami kepada bekas isteri tertuduh.

Muhammad Fariduddin berkata, ia memandangkan anak guamnya perlu menanggung lima anak termasuk anak tiri, selain menghidap penyakit jantung dan pernah dua kali terkena serangan penyakit itu ketika berada dalam tahanan.

Bagaimanapun, Siti Hajar membantah kerana mangsa dan tertuduh tinggal berdekatan, iaitu Kubang Kerian dan Kota Bharu.

Hakim Zulkifli Abllah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa serta saksi.

Jika gagal mematuhi syarat, mahkamah boleh menarik balik jaminan, selain tertuduh boleh dikenakan tahanan reman semula.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan menyerahkan pasport.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Ogos depan.

Pembantu perawatan dituduh cederakan suami bekas isteri guna parang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker