Pemancing dikhuatiri hilang, bot dilanggar dekat jeti
Pemancing dikhuatiri hilang, bot dilanggar dekat jeti
SEMPORNA: Seorang pemancing dikhuatiri hilang selepas tercampak ke laut apabila bot kayu dinaikinya bersama rakan dilanggar sebuah bot lain berhampiran Jeti Balimbang, Pulau Bum-Bum, di sini awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa lelaki yang dikenali sebagai Balsiti Utumani, 40, manakala rakannya, Julamdi Abdillah, 30, berjaya diselamatkan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan terbabit.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna, Mohd Akhimullah Adan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada polis pada jam 6.15 pagi sebelum lima anggotanya digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal kedua-dua mangsa dikatakan keluar memancing dari Kampung Halo menuju ke sekitar perairan Pulau Mabul sebelum bot mereka tiba-tiba dirempuh sebuah bot lain dari arah kanan dalam keadaan cuaca yang masih gelap.
“Akibat pelanggaran itu, kedua-duanya tercampak ke laut, namun Julamdi sempat diselamatkan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Sehingga kini mangsa kedua masih belum ditemui dan operasi SAR masih diteruskan bersama pihak polis membabitkan radius tiga kilometer dari lokasi insiden menggunakan bot aluminium milik bomba,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pihak berkuasa bagi membantu pencarian mangsa.
Pemancing dikhuatiri hilang, bot dilanggar dekat jeti
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.