Ibu dan bayi maut, empat ahli keluarga cedera kereta terbabas

Ibu dan bayi maut, empat ahli keluarga cedera kereta terbabas

Ibu dan bayi maut, empat ahli keluarga cedera kereta terbabas
Keadaan kereta yang dinaiki enam sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan meragut dua nyawa berhampiran jalan Kilang Sawit Felda Gugusan Rasau Kerteh di Dungun, Terengganu. – Foto Info Semasa

DUNGUN: Seorang wanita dan bayi perempuannya berusia 18 bulan maut, manakala empat lagi ahli keluarga mereka cedera dalam kemalangan di Jalan Kilang Kelapa Sawit dekat Gugusan Rasau Kerteh, di sini, jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata Nur Suhailla Azman, 25, maut di tempat kejadian manakala bayi perempuannya Nur Aira Humaira Mohamad Sharool meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di sini.

Suami mangsa Mohamad Sharool Nizam Hamzah, 32, dan anak sulung mereka Nur Aisya Humaira berusia tiga tahun cedera ringan.

“Dua lagi mangsa iaitu ibu kepada Mohamad Sharool, Timah Mohamad, 73, dan anaknya Ruzaimi Abd Rashid, 48, dilaporkan cedera parah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Maizura berkata mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan, manakala mayat dua beranak itu dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

 

Ibu dan bayi maut, empat ahli keluarga cedera kereta terbabas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker