Seorang wanita melecur, 5 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau

Seorang wanita melecur, 5 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau

Seorang wanita melecur, 5 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau
Anggota memadamkan kebakaran babitkan lapan rumah di Lorong Cempaka, Batu 4 Jalan Apas, Tawau, malam tadi. – Foto ihsan Bomba.

TAWAU: Seorang wanita melecur manakala lima daripada lapan rumah atas air di Lorong Cempaka, Batu 4 Jalan Apas, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Mangsa yang melecur di tangan itu seorang wanita berusia 50 tahun dan diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejurus kejadian kira-kira jam 9.17 malam itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata tiga lagi rumah yang terbabit dalam kebakaran pada jam 9.17 malam itu hanya mengalami kerosakan 10 peratus

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 sebelum menggerakkan 22 anggota bersama empat jentera ke lokasi sejauh 18 kilometer.

Beliau berkata, operasi turut dibantu oleh anggota Bomba Komuniti Kampung Titingan serta anggota daripada agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati



 

“Setibanya di lokasi pada jam 9.30 malam, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan struktur rumah setinggan tidak kekal atas air. Pasukan operasi menjalankan pemadaman menggunakan sumber air terbuka dari laut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jemishin berkata operasi memadam kebakaran dikawal pada jam 10.20 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya sejam kemudian manakala punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Seorang wanita melecur, 5 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker