RM178,200 lesap, jurutera ditipu pelaburan saham dalam talian

RM178,200 lesap, jurutera ditipu pelaburan saham dalam talian

RM178,200 lesap, jurutera ditipu pelaburan saham dalam talian
Foto hiasan

PASIR GUDANG: Seorang jurutera kerugian RM178,200 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga wanita berusia 33 tahun itu semalam, memaklumkan telah ditipu sindiket pelaburan sejak Mac lalu.

“Mangsa mula tertarik selepas melihat iklan pelaburan saham di aplikasi Telegram dan kemudian mengikut pautan yang diberikan.

“Dia dijanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

“Seterusnya mangsa telah melakukan 19 transaksi ke dalam tiga akaun bank yang berlainan bermula dari Mac hingga Julai lalu, membabitkan nilai keseluruhan RM178,200,” katanya dalam kenyataan, di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Mohd Sohaimi berkata, mangsa hanya menyedari ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran semula modal dan keuntungan.

Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati kesemua akaun yang terbabit mempunyai 21 rekod laporan polis berkaitan kes penipuan pelaburan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan siasatan turut membabitkan pembabitan ‘keldai akaun’.

“Polis menasihatkan orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dan sentiasa berhati-hati dan melakukan semakan terhadap syarikat atau individu yang menawarkan pelaburan sebelum membuat sebarang pembayaran.

“Orang awam perlu semak kesahihan individu atau syarikat yang menawarkan pelaburan melalui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, jangan mudah percaya dengan janji keuntungan besar dalam tempoh singkat selain gunakan portal Semak Mule untuk menyemak akaun yang mencurigakan sebelum melakukan sebarang transaksi.

“Sekiranya terdapat sebarang tawaran pelaburan yang meragukan, laporkan kepada pihak berkuasa dengan kadar segera,” katanya.

RM178,200 lesap, jurutera ditipu pelaburan saham dalam talian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker