Dua perancang utama geng samun bersenjata api ditembak mati

Dua perancang utama geng samun bersenjata api ditembak mati

Dua perancang utama geng samun bersenjata api ditembak mati
POLIS melakukan siasatan di lokasi kejadian di Jalan Semerah Padi, Cheras di sini, hari ini. – FOTO NSTP/ Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati dua lelaki warga asing yang disyaki dalang utama kepada sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah sejak 2022 hingga menyebabkan kerugian lebih RM3 juta, selain turut mencederakan mangsa mereka.

Kedua-dua suspek terbabit yang menaiki kereta Honda Civic dikesan di kawasan Taman Pertama, Cheras, di sini oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan JSJ Kontinjen Pahang yang melakukan tugasan cegah jenayah melalui Op Aman 6, jam 3.45 pagi tadi.

Kereta dinaiki suspek pula dikenal pasti adalah kenderaan yang pernah dilaporkan hilang di Subang Jaya pada 2023.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, berkata suspek bertindak agresif ketika pihak polis cuba memintas kereta mereka bagi tujuan pemeriksaan.

“Mereka (suspek) cuba melakukan halangan dengan melanggar kenderaan pasukan polis selain turut melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi tujuan mempertahankan diri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Suspek kemudian disahkan mati di dalam kenderaan itu akibat terkena tembakan. Hasil pemeriksaan di dalam kereta membawa kepada penemuan dua pucuk senjata api Revolver dan Semi Auto, dadah dan peralatan yang digunakan suspek bagi melakukan jenayah samun dan pecah rumah,” katanya dalam sidang media di tempat kejadian pagi tadi.

Fadil berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek dalang kepada sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah yang dianggotai 15 warga asing.

“Selain menjadikan sasaran terhadap unit kediaman mewah seperti banglo, rumah tepi (corner lot) dan ‘end lot’ di sekitar Lembah Klang, suspek turut aktif menyamun di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Kita juga percaya kedua-dua suspek dalam perancangan melakukan jenayah samun berdasarkan penemuan peralatan seperti pemotong besi, sarung tangan, topeng muka, senjata api dan dadah,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini semua JSJ di Kontinjen KL, Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan sudah digerakkan bagi memburu dan mengesan baki 13 lagi suspek.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Katanya, meskipun lebih 50 kes samun dan pecah rumah yang dikaitkan dengan kumpulan ini namun pihaknya percaya jumlah mangsa mungkin lebih daripada itu apabila ada yang tidak membuat laporan polis.

Sehubungan itu, katanya pihak polis menyeru mereka yang menjadi mangsa samun kepada kumpulan ini supaya tampil membuat laporan di balai polis berhampiran, selain mengalu-alukan sebarang maklumat tentang keadaan mencurigakan.

Dua perancang utama geng samun bersenjata api ditembak mati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker