Ter Stegen berehat tiga bulan lagi

Ter Stegen berehat tiga bulan lagi

Ter Stegen berehat tiga bulan lagi
TER STEGEN perlu berehat selama tiga bulan kerana kecederaan belakang. -FOTO Instagram

Barcelona: Kapten Barcelona dan penjaga gol utama Jerman, Marc-Andre ter Stegen akan diketepikan selama tiga bulan bagi menjalani pemulihan susulan pembedahan belakang, kata pemain berusia 33 tahun itu menerusi satu hantaran di Instagram, Khamis lalu.

Ter Stegen sebelum ini terpaksa berehat selama tujuh bulan akibat kecederaan lutut yang dialaminya tahun lalu, sekali gus memaksanya menjalani pembedahan sebelum kembali beraksi pada Mei.

Dia juga pernah menjalani pembedahan belakang pada 2023 yang menyaksikannya disisihkan selama lebih dua bulan.

“Kali ini, doktor percaya sekitar tiga bulan diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang risiko.

“Secara emosi, ia memang menyakitkan kerana tidak dapat membantu pasukan dalam tempoh ini. Namun, proses pemulihan masih boleh diurus dan jalan untuk kembali beraksi sudah jelas,” kata Ter Stegen yang menyertai Barcelona sejak 2014.

Ter Stegen sebelum ini pernah memenangi enam gelaran La Liga serta satu trofi Liga Juara-Juara (UCL) bersama sepanjang bersama kelab itu.

Ter Stegen berehat tiga bulan lagi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker