‘Tak sangka cucu pergi dahulu’
‘Tak sangka cucu pergi dahulu’

REMBAU: “Saya ada lapan anak, tapi cucu tak ramai, hanya empat. Seorang sudah meninggal, tinggal tiga sahaja”.
Itu rintihan Syed Salleh Syed Abu Bakar, 71, mengenang cucunya, Afkar Fitri Afendi, 20, yang maut bersama dua yang lain dalam kemalangan membabitkan 15 motosikal dekat Kilometer 262.5 Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Seremban, awal pagi tadi.
Katanya, Afkar Fitri dan adiknya adalah cucu rapat dengannya serta isteri dan mereka kerap berhubung melalui panggilan video kerana tinggal berjauhan.
“Kali terakhir kami buat panggilan video dalam dua hari lalu. Isteri bersembang dengannya, saya di sebelah dan tiada apa yang pelik ketika perbualan itu. Dia dan adiknya memang rapat dengan kami walaupun mereka tinggal di Puchong, Selangor dan saya di Larkin, Johor,” katanya.
Syed Salleh ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, yang diselubungi suasana pilu sebaik ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa nahas tiba. Selain tangisan, ahli keluarga berpelukan dan saling memberi kata-kata semangat, malah ada terpaksa dipapah kerana gagal membendung kesedihan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Dua lagi mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu adalah Aliff Syahmi Abdul Hakim, 18, dari Gombak dan Haris Azib Sulaiman, 21, dari Sepang.
Menurut Syed Salleh, sebaik menerima berita pemergian cucunya itu, dia tidak dapat menahan air mata kerana tidak menyangka Ifkar Fitri akan pergi dahulu sebelumnya.
“Saya baru balik dari masjid kira-kira jam 7 pagi sebelum isteri beritahu Fitri sudah tiada. Saya terkejut dan menangis. Dua bapa saudaranya yang bekerja di Singapura berpatah balik ke Larkin untuk datang ke sini,” katanya.
Sementara itu, Rohani hussien, 66, nenek Afkar Fitri, berkata dia sering berpesan kepada cucunya itu supaya menggunakan motosikal dengan berhemah.
“Dia tinggal di rumah sewa, jadi perlu berulang-alik ke tempat belajar. Apabila buat panggilan video, saya sering pesan supaya berhemah tunggang motosikal ke tempat belajar dan pergi makan sahaja.
“Dia cucu yang sangat baik, tak pernah bangkang atau bantah cakap saya dan ibu bapanya. Kalau keluar dengannya, dia akan pimpin saya supaya saya tak jatuh. Itu antara perkara yang tidak boleh lupa mengenai arwah,” katanya menambah mereka semua reda dengan dugaan ini.
‘Tak sangka cucu pergi dahulu’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.