Salah guna kuasa: Penolong pegawai perubatan kanan di Labuan direman

Salah guna kuasa: Penolong pegawai perubatan kanan di Labuan direman

Salah guna kuasa: Penolong pegawai perubatan kanan di Labuan direman
Foto hiasan

LABUAN: Seorang penolong pegawai perubatan kanan ditahan reman selama empat hari hingga 28 Julai ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyalahgunakan kedudukan untuk menganugerahkan kerja-kerja berkaitan logistik kepada syarikat milik isterinya.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek lelaki yang berusia lingkungan 50-an ditahan di Pejabat SPRM Labuan pada jam 5.40 petang kelmarin ketika hadir untuk memberi keterangan.

Dia dipercayai menyalahgunakan kedudukan di tempat kerjanya pada 2023 dan 2024 bagi mendapatkan kontrak bernilai RM20,000 untuk syarikat milik isterinya.

Menerusi kenyataan hari ini, Pengarah SPRM Labuan Muhammat Azis Malmod berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Salah guna kuasa: Penolong pegawai perubatan kanan di Labuan direman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker