Kemalangan dua treler muatan bahan kimia, satu terjatuh ke laut

Kemalangan dua treler muatan bahan kimia, satu terjatuh ke laut

Kemalangan dua treler muatan bahan kimia, satu terjatuh ke laut
Salah satu daripada dua treler terbabit kemalangan di Jambatan Link Kedua, Kilometer 0.8 Lebuhraya Plus, arah Singapura ke Johor, petang tadi. – Foto ihsan Bomba

ISKANDAR PUTERI: Satu treler dengan muatan bahan kimia dilaporkan terjatuh ke dalam laut dalam kemalangan di Jambatan Link Kedua, Lebuhraya Plus, arah Singapura ke negeri ini di sini, petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, PKPgB Mohd Faiz Suleiman, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden yang dipercayai tumpahan bahan kimia itu pada jam 5.41 petang.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kejadian mendapati berlaku kemalangan dua treler yang mana satunya membawa muatan bahan kimia jenis Propylene Glycol, manakala satu lagi dengan muatan bahan kimia Sodium Hypochlorite.

“Muatan bahan kimia Propylene Glycoltreler didapati telah jatuh ke dalam laut dari atas jambatan, manakala muatan bahan kimia satu lagi tidak mengalami kebocoran.

“Malah, tangki muatan bahan kimia yang jatuh ke dalam laut juga dipercayai tidak mengalami kebocoran daripada pengamatan kehadiran buih mahu pun kesan minyak di atas permukaan air laut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Beliau berkata, sehingga kini, operasi yang membabitkan 13 anggota itu masih lagi dijalankan dengan pasukan Hazmat telah digerakkan ke lokasi bagi membuat penilaian dan memastikan benar-benar tiada berlaku sebarang kebocoran bahan kimia.

Katanya, pemandu treler yang membawa muatan Propylene Glycol itu dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan, manakala pemandu sebuah lagi treler dilaporkan tidak cedera.

Terdahulu, tular video dirakam pengguna jalan raya yang memaparkan keadaan lokasi kejadian selepas berlakunya insiden berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, pihaknya baharu menerima laporan berhubung insiden berkenaan, namun masih menunggu maklumat terperinci daripada pihak bomba yang menjalankan operasi di lokasi kejadian.

“Kami baharu terima maklumat tetapi belum secara terperinci. Bomba sedang jalankan operasi,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Kemalangan dua treler muatan bahan kimia, satu terjatuh ke laut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker