KDA FC diminta jangan pandang rendah kemampuan sendiri
KDA FC diminta jangan pandang rendah kemampuan sendiri

Alor Setar: Pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar menyeru pemain skuad Sang Kenari agar tidak memandang rendah pada diri sendiri walapun mereka pasukan yang baru dibentuk untuk menghadapi cabaran dalam Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026.
Malah beliau mengingatkan setiap pemain di bawah kendalian ketua jurulatih, Azzmi Aziz agar menerapkan keyakinan penuh pada diri sendiri untuk berani berjuang bagi berdepan pemain yang sudah ada pengalaman dalam Liga A1 Semi Pro.
“Walaupun pasukan ini baru sahaja dibentuk, saya mahu mereka masuk dalam aksi pertama pada 3 Ogos depan menentang Machan FC di laman sendiri dengan minda untuk menang walaupun berdepan pasukan pasukan yang lebih berpengalaman dalam Liga A1 (Semi Pro) ini.
“Yang penting jangan rasa takut dan gugup walaupun kita sebagai ‘underdog’ dalam liga, sebaliknya dari segi tindakan mereka mesti ada sifat yang optimistik bukan persimistik.
“Itu yang saya harap agar pemain muda kita ini perlu memiliki daya percaya yang tinggi dalam diri sendiri serta yakin boleh mencapai sesuatu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Dalam tempoh 90 minit nanti saya harap mereka bermain dengan jati diri mereka dengan percaya diri sendiri sebab masalah pasukan baharu ini adalah percaya pada diri sendiri,” katanya selepas menyaksikan aksi pramusim skuadnya menentang pasukan Majlis Perbandaran Kubang Pasu, semalam.
Tambah Mohd Daud lagi, skuad Sang Kenari kini dilihat menunjukkan peningkatannya melalui aksi pramusim seperti ketika menentang Majlis Perbandaran Majung FC dan Manjung City FC.
“Sejak memulakan aksi pramusim ini, saya lihat mereka sudah ada peningkatan dan keserasian antara satu sama lain termasuk aspek taktikal. Mereka perlukan sedikit masa lagi agar pihak kejurulatihan dapat menyelesaikan kelemahan yang ada,” katanya.
KDA FC diminta jangan pandang rendah kemampuan sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.