Jurulatih selam pukul, ugut pelancong asing ditahan
Jurulatih selam pukul, ugut pelancong asing ditahan

SEMPORNA: Polis menahan seorang jurulatih selam skuba selepas disyaki terbabit dalam kejadian memukul dan mengugut seorang pelancong lelaki warga asing dalam satu insiden yang videonya tular di media sosial.
Suspek lelaki tempatan berusia 38 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 34 tahun membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna jam 10.46 pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Jaafar Hakim, berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada insiden sehari sebelum itu ketika kedua-dua individu terbabit berada dalam sebuah bot menuju ke perairan Pulau Timba-Timba untuk aktiviti selam skuba.
Katanya, ketika dalam perjalanan tangki skuba milik pelancong warga Taiwan itu tumbang dan menghempap kaki suspek sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan mencetuskan pertengkaran mulut antara mereka.
“Suspek yang menerima rawatan di Hospital Tawau kemudian kembali ke syarikat pelancongan itu untuk menuntut ganti rugi daripada mangsa, namun pertemuan itu sekali lagi menjadi tegang sebelum berlaku pertengkaran antara kedua-duanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Suspek dipercayai bertindak agresif dengan memukul mangsa dan turut mengeluarkan ugutan untuk mencederakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, susulan laporan itu polis menahan suspek bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
Jurulatih selam pukul, ugut pelancong asing ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.