Dua perancang utama geng samun bersenjata api sejak tahun 2022 ditembak mati

Dua perancang utama geng samun bersenjata api sejak tahun 2022 ditembak mati

Dua perancang utama geng samun bersenjata api sejak tahun 2022 ditembak mati
Fadil pada sidang media di lokasi kejadian pagi tadi. – Foto NSTP/ Safeek Affendy Razali

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati dua lelaki warga asing yang disyaki dalang utama kepada sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah sejak tahun 2022 hingga menyebabkan kerugian lebih RM3 juta selain turut mencederakan mangsa mereka.

Kedua-dua suspek terbabit yang menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic, dikesan di kawasan Taman Pertama, Cheras, di sini, oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dan JSJ Kontinjen Pahang yang melakukan tugasan cegah jenayah melalui Op Aman 6, ketika melalui sekitar jam 3.45 pagi tadi.

Kereta dinaiki suspek terbabit dikesan adalah kenderaan yang dilaporkan hilang bersabit Subang Jaya Report pada tahun 2023.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek bertindak agresif ketika pihak polis cuba memintas kereta mereka bagi tujuan pemeriksaan.

“Mereka (suspek) cuba melakukan halangan dengan melanggar kenderaan pasukan polis selain turut melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi tujuan mempertahankan diri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


“Suspek kemudiannya disahkan mati di dalam kenderaan dinaiki mereka di tempat kejadian akibat terkena tembakan.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta membawa kepada penemuan dua pucuk senjata api berupa revolver dan semi auto, dadah dan peralatan yang digunakan suspek bagi tujuan melakukan jenayah samun dan pecah rumah,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian pagi tadi.

Fadil berkata, hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua mereka adalah dalang kepada sebuah kumpulan samun bersenjata api dan pecah rumah yang dianggotai 15 warga asing.

“Selain menjadikan sasaran terhadap unit kediaman mewah seperti banglo, rumah tepi (corner lot) dan end lot di sekitar Lembah Klang, suspek turut aktif menyamun di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Kita juga percaya, kedua-dua suspek ini dalam perancangan untuk melakukan jenayah samun berdasarkan penemuan peralatan samun seperti pemotong besi, sarung tangan, sarung muka serta senjata api dan dadah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Beliau berkata, pada masa ini semua elemen JSJ di Kontinjen KL, Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan sudah digerakkan bagi memburu dan mengesan baki 13 lagi suspek.

Katanya, meskipun lebih 50 kes samun dan pecah rumah yang dikaitkan dengan kumpulan ini namun pihaknya percaya jumlah mangsa mungkin lebih daripada itu akibat mereka tidak membuat laporan polis.

“Sehubungan itu, pihak polis menyeru kepada mereka yang menjadi mangsa samun kepada kumpulan ini supaya tampil membuat laporan di Balai Polis berhampiran selain mengalu-alukan sebarang maklumat tentang situasi mencurigakan.

“JSJ tidak akan berkompromi dengan sebarang kegiatan jenayah kekerasan yang boleh menggusarkan masyarakat di negara ini dan akan memerangi mereka secara habis-habisan,” katanya.

“Mereka (suspek) cuba melakukan halangan dengan melanggar kenderaan pasukan polis selain turut melepaskan tembakan ke arah polis sehingga memaksa tembakan balas dilepaskan bagi tujuan mempertahankan diri.

“Suspek kemudiannya disahkan mati di dalam kenderaan dinaiki mereka di tempat kejadian akibat terkena tembakan.

Dua perancang utama geng samun bersenjata api sejak tahun 2022 ditembak mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker