Dua pekerja warga asing maut dalam 2 kemalangan berasingan
Dua pekerja warga asing maut dalam 2 kemalangan berasingan

SHAH ALAM: Dua pekerja lelaki warga asing maut dalam kemalangan berasingan di dua daerah berbeza, semalam.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor berkata, kejadian berlaku di Teluk Panglima Garang dan Bandar Hulu Klang, Gombak.
“Kemalangan pertama berlaku jam 9.15 pagi di sebuah kilang pembuatan minyak sawit membabitkan pekerja am yang maut akibat tersepit pada mesin ‘robotic arm’.
“Semasa operasi menyusun produk minyak masak di atas palet, mangsa memasuki kawasan pergerakan robotiK bagi tujuan membetulkan kedudukan palet.
“Akibatnya, dia dihempap pergerakan ‘robotic arm’ dan tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Beliau berkata, kemalangan kedua membabitkan pekerja kontraktor di sebuah tapak pembinaan pada jam 9.10 pagi.
Menurutnya, mangsa maut selepas terjatuh dari platform perancah semasa sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan siling.
“Pekerja itu terjatuh dari platform perancah setinggi lebih kurang lima meter dan mengalami pendarahan pada kepala.
“Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
JKKP Selangor berkata, surat arahan larangan kacau ganggu tempat kejadian dikeluarkan kepada kedua-dua lokasi sehingga siasatan selesai.
Menurutnya, semua kes disiasat Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Dua pekerja warga asing maut dalam 2 kemalangan berasingan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.