Dua lagi pemain import bakal perkuat NSFC

Dua lagi pemain import bakal perkuat NSFC

Dua lagi pemain import bakal perkuat NSFC
NIDZAM mengesahkan dua lagi pemain import baharu bakal bersama Negeri Sembilan FC. FOTO MOHD AMIN JALIL

Seremban: Negeri Sembilan FC (NSFC) dijangka akan membawa masuk dua pemain import baharu bagi melengkapkan senarai sedia ada menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2025/2026, yang akan membuka tirainya 8 Ogos ini.

Ketua jurulatih pasukan, Nidzam Jamil mengesahkan mengenai perkara itu, namun beliau enggan mendedahkan nama kedua-dua pemain terbabit dengan memaklumkan mereka dijangka melapor diri bersama pasukan dalam masa terdekat.

“Ada dua lagi (pemain import baharu) yang akan melapor diri pada minggu hadapan atau dalam masa terdekat ini.

“Tapi saya tak boleh beritahu siapa, cuma saya boleh maklumkan pemain import baharu itu nanti akan mengisi beberapa posisi sebaik mereka melaporkan diri bersama pasukan,” kata Nidzam.

Sebelum ini, Negeri Sembilan FC sudah memiliki enam pemain import membabitkan Joseph Esso dan Mio Tsuneyasu (penyerang) serta Alex Agyarkwa, Jovan Motika, Takumi Sasaki dan An Sang-su (tengah).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati


Dengan kemasukan dua pemain import terbaharu itu nanti, ada kemungkinan skuad Hobin Jang Hobin akan menggunakan khidmat lapan pemain import daripada keseluruhan 15 yang dibenarkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi menghadapi kempen musim 2025/2026.

Dalam perkembangan lain, Negeri Sembilan FC akan meneruskan aksi persahabatan pramusim menentang kelab dari Singapura, Tanjong Pagar United FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Isnin ini.

 

Dua lagi pemain import bakal perkuat NSFC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker