Bergesel sesama sendiri sebelum dilanggar rakan lain
Bergesel sesama sendiri sebelum dilanggar rakan lain

SEREMBAN: Kemalangan yang menyebabkan tiga maut dekat Kilometer 262.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, jam 2.30 pagi tadi membabitkan 15 motosikal, sebuah kereta dan sebuah lori.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal dari arah Senawang menghala ke ibu negara secara berkumpulan di lorong tengah dan lorong kanan.
“Sampai di tempat kejadian, tiga motosikal dalam kumpulan berada di hadapan dikatakan bergesel dan berlanggar sesama sendiri lalu terjatuh ke jalan.
“Ia mengakibatkan 12 motosikal lain di belakang tidak sempat mengelak sebelum dikatakan melanggar tiga motosikal berkenaan.
“Akibat kemalangan ini, kedua-dua penunggang motosikal masing-masing jenis Yamaha NVX dan seorang penunggang motosikal jenis tidak pasti disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“12 penunggang motosikal lain dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk rawatan lanjut yang mana dua daripadanya cedera parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Ketiga-tiga penunggang yang maut dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat,” katanya.
Bergesel sesama sendiri sebelum dilanggar rakan lain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.