Awie Mengusik Anak Perempuannya Buatkan Netizen Teruja [VIDEO]
“Nak Jadi Menantu”
Awie Mengusik Anak Perempuannya Buatkan Netizen Teruja [VIDEO]
Datuk Ahmad Azhar bin Othman, lebih dikenali sebagai Awie, adalah vokalis utama kumpulan rock legenda Malaysia, Wings, yang ditubuhkan pada 1985 di Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 24 November 1968 di Datuk Keramat, beliau memulakan kerjaya muzik pada usia 17 tahun, memimpin Wings dengan vokal bertenaga dan karisma unik.
Wings, yang bermula sebagai Teruna Sekampung, mencapai kemasyhuran dengan album sulung Belenggu Irama (1987), menghasilkan lagu-lagu hit seperti Misteri Mimpi Syakilla. Awie keluar dari Wings pada 1993 untuk kerjaya solo, mencatat rekod jualan album tertinggi artis lelaki Malaysia dengan album eponimnya (1994).
Beliau kembali ke Wings pada 2002, terus mengukuhkan legasi kumpulan itu. Selain muzik, Awie terkenal sebagai pelakon dan penerbit filem, dengan filem seperti Sembilu dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.
“Pipi Sakit Ke Tembam Ni, Bila Nak Kurus Ni”-Awie
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @setledmf2fe yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.6 juta, tanda suka sebanyak 122 ribu dan sebanyak 745 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Awie yang mengusik ketika mengejut anak perempuannya itu bangun dari tidur.
@setledmf2fe ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mangatakan bahawa pasti seronok jika menjadi anak kepada penyanyi legend itu kerana dikejut setiap pagi olehnya.
“Bahagianya tengok keluarga Dato Awie sekarang, wife pun memahami dan faham kerjaya suami”
“Lembut je suruh bangun, bapak aku pagi pagi dah berdehem sekali je terus bangun”
“Dik, Dik tau tu Awie yang kejutkan adik”
“Awie nampak ganas tapi lembut dengan anak anak”-Kata netizen
Awie Mengusik Anak Perempuannya Buatkan Netizen Teruja [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.