Arsenal labur RM835 juta, Mosquera jadi pertahanan baharu
Arsenal labur RM835 juta, Mosquera jadi pertahanan baharu

London: Arsenal mengumumkan ketibaan pertahanan Valencia, Cristhian Mosquera, sekali gus menjadikan jumlah perbelanjaan mereka dalam jendela perpindahan musim panas ini hampir mencecah £140 juta (RM797 juta).
Pemain bawah 21 tahun Sepanyol itu menyertai Gunners dengan yuran perpindahan permulaan sekitar £13 juta (RM74 juta), termasuk tambahan berkaitan prestasi, dan difahamkan menandatangani kontrak selama lima tahun dengan pilihan lanjutan setahun lagi.
Pemain berusia 21 tahun itu adalah pemain kelima yang dibawa masuk Arsenal dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan dijangka menjadi pelapis kepada William Saliba serta Gabriel di jantung pertahanan, namun turut berupaya beraksi di mana-mana posisi benteng.
Mosquera yang membuat 41 penampilan bersama Valencia musim lalu, sudah menyertai skuad Arsenal bagi jelajah pramusim mereka ke Singapura dan Hong Kong.
“Ia sesuatu yang sangat bermakna buat saya. Di sebalik semua ini, ada banyak kerja keras yang saya lakukan.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Peluang ini datang dan saya tidak mampu melepaskannya. Saya menyertai sebuah kelab besar yang penuh sejarah. Apabila saya tiba di sini bersama keluarga, saya benar-benar merasai kehebatan tempat ini,” katanya kepada laman rasmi kelab.
Pengurus, Mikel Arteta menyifatkan Mosquera sebagai “pemain yang bijak, memiliki kepantasan yang baik dan boleh bermain secara fleksibel sama ada di tengah mahupun kedua-dua sisi pertahanan.”
Mosquera menyusuli kemasukan empat pemain lain sebelum ini pemain tengah Sepanyol, Martin Zubimendi, penjaga gol Kepa Arrizabalaga, Christian Norgaard dan Noni Madueke ke Stadium Emirates.
Selain itu, Gabriel dan pemain muda Myles Lewis-Skelly juga sudah menandatangani kontrak baharu sepanjang musim ini, manakala lanjutan jangka panjang untuk remaja Ethan Nwaneri juga dipercayai hampir dimuktamadkan.
Arsenal masih berusaha mendapatkan penyerang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres, meskipun difahamkan rundingan bernilai sehingga £65 juta (RM370.1 juta) itu masih belum hampir dimeterai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Gunners yang menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kedua selama tiga musim berturut-turut, akan memulakan musim 2025/26 dengan pertemuan menentang Manchester United pada 17 Ogos.
Arsenal labur RM835 juta, Mosquera jadi pertahanan baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.