Semen Padang ‘ajar’ barisan bintang KL City
Semen Padang ‘ajar’ barisan bintang KL City

Kuala Lumpur: Pasukan pilihan Liga Super musim 2025/2026 iaitu Kuala Lumpur City FC (KL City) gagal meraih kemenangan apabila tumbang 0-1 di tangan kelab Indonesia, Semen Padang di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, malam tadi.
Kekalahan itu pastinya memberi tamparan buat penyokong KL City selepas pasukan itu dilihat berjaya memancing beberapa bintang bola sepak tempatan.
Begitupun, Semen Padang yang sebelum ini tumbang 3-0 kepada Negeri Sembilan FC di Paroi dalam aksi pra musim Isnin lalu berjaya bangkit dengan aksi lebih kemas untuk megejutkan KL City.
Dalam aksi berkenaan, skuad The City Boys mempertaruhkan lima muka baharu dalam kesebelasan utama dengan selebihnya adalah pemain musim lalu.
Antara tonggak baharu uang disenaraikan oleh Risto Vidakovic adalah Safawi Rasid, Syazwan Andik, Fazrul Amir dan dua tonggak import, Manual Hidalgo serta Kpah Sherman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Manakala tonggak pertahanan kental, Giancarlo Gallifuoco diberi kepercayaan mengetuai pasukan disamping Kenny Pallraj, Ryan Lambert, Zhafri Yahya, Kamal Azizi dan penjaga gol, Hafizul Hakim melengkapkan senarai utama pasukan.
Jaringan pertama pelawat diraih pada babak pertama menerusi tonggak import, Pedro Matos. Kelebihan satu gol itu kekal hingga berakhir babak pertama.
Bersambung separuh masa kedua, KL City membuat beberapa pertukaran bagi meningkatkan asakan ke kubu lawan namun segala usaha gagal membuahkan hasil sekali gus tewas di tempat sendiri.
Semen Padang ‘ajar’ barisan bintang KL City
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.