PGA tumpas sindiket e-sisa di Segamat, nilai rampasan RM190 juta
PGA tumpas sindiket e-sisa di Segamat, nilai rampasan RM190 juta

SEGAMAT: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menumpaskan sindiket pemprosesan sisa elektronik (e-sisa) dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Batu Anam, Buloh Kasap, di sini dengan nilai rampasan RM190 juta.
Pegawai Pemerintah Superintendan Salehin Sulaiman berkata menerusi operasi bersepadu pada 16 Jun lalu bersama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Segamat, pihaknya mendapati sindiket berkenaan aktif sejak setahun lepas.
Dalam operasi Op Hazard 2.0, seramai 56 individu ditahan termasuk dua warga tempatan terdiri daripada seorang lelaki yang bertindak sebagai pemandu lori dan seorang wanita yang juga adalah kerani di premis itu.
“Turut dirampas sisa elektronik seberat kira-kira 5,920 tan, plastik pelbagai jenis 9.45 tan, besi 1,031 tan, 23 unit trak angkat-susun, 42 mesin serta sebuah lori treler dengan nilai rampasan RM190,715,900.
“Tangkapan dan rampasan ini dapat membanteras satu rangkaian sindiket pemprosesan barang lusuh dan e-sisa di sekitar daerah Segamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
Dalam perkembangan lain, Batalion 5 PGA menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu serbuan di kebun sawit di Ladang Tumbuk, Selangor pada 14 April lalu, jam 6.30 pagi.
Salehin berkata tangkapan membabitkan 16 lelaki dan sembilan wanita yang dipercayai baru tiba melalui jalan laut tidak diwartakan selain gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.
“Kesemua mereka kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – BERNAMA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.