Bomba teruskan operasi padam kebakaran hutan simpan Jalan Genting
Bomba teruskan operasi padam kebakaran hutan simpan Jalan Genting

KUALA LUMPUR: Pasukan bomba giat meneruskan operasi pemadaman kebakaran hutan simpan berhampiran Jalan Genting, Kuala Kubu Bharu yang dianggarkan merebak sehingga 22.6 hektar kawasan hutan sejak semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 6.34 petang semalam.
“Pasukan bomba tiba di lokasi kira-kira jam 7.12 malam, namun kerja-kerja pemadaman tidak dapat dijalankan pada peringkat awal kerana tiada laluan masuk ke kawasan kebakaran, dan kebakaran pada masa itu dianggarkan seluas 3.23 hektar.
“Bagaimanapun, komander operasi berjaya mengesan laluan masuk pada jam 10 malam dan mendapati kawasan yang terbakar sudah merebak dianggarkan seluas 20.2 hektar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, Pusat Kawalan Bomba (PKB) dibuka jam 9 malam hari kejadian dan operasi pemadaman hanya dapat dimulakan pagi tadi atas faktor keselamatan anggota serta ketiadaan sumber air berhampiran lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
“Operasi diteruskan hari ini dan kebakaran dikenal pasti merebak kepada tambahan kira-kira 2.4 hektar, menjadikan keluasan keseluruhan kira-kira 22.6 hektar.
“Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) turut digerakkan ke lokasi, manakala pemadaman menggunakan pesawat udara telah digerakkan petang tadi dan akan disambung pagi esok,” katanya.
Ahmad Mukhlis berkata, pasukan bomba di darat kini masih meneruskan operasi secara konvensional bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak, sementara menunggu sokongan penuh dari udara esok.
“Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian berkenaan. Operasi pemadaman di darat digerakkan oleh tujuh anggota bersama satu jentera jenis FRT dari BBP Kuala Kubu Bharu,” katanya.
Bomba teruskan operasi padam kebakaran hutan simpan Jalan Genting
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
You must be logged in to post a comment.